Saturday, May 17, 2014

Urut di Bangi, Selangor


Assalammualaikum, nama saya Hanafiah dan saya menyediakan perkhidmatan urutan seluruh badan dan refleksologi.Jika pihak tuan puan berminat bolehlah hubungi saya untuk temujanji.Ada kalanya saya mencuba menawarkan khidmat urut ditingkat bawah pintu masuk belakang PKNS Bangi, ada masa saya beroperasi di rumah dan juga disurau pada sebelah malam.




Hubungi:

012-6448841 



(jika boleh hubungi dengan suara bukan sms)


Berikut adalah maklumat lengkap tentang perkhidmatan yang saya tawarkan.

Harga perkhidmatan:
Urut Seluruh Badan:
30 minit = RM25
1 jam = RM45
1 jam 30 minit = RM65
2 jam = 85

Urut Refleksologi (urutan sama ada tapak kaki, tangan ataupun kepala):
15 minit = RM10
30 minit = RM20
1 jam = RM40

*Urutan untuk kaum hawa hanya urutan refleksologi bahagian kaki sahaja.
*Saya tidak menawarkan perkhidmatan urutan batin.



Waktu Operasi:
8.00pagi-6.00petang:
Alamat: No 31, Jalan 3/2, Taman Bangi 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

7.00malam-10.00malam
Lokasi: Surau Abdul Rahman Auf Bangi 3



Hubungi:

012-6448841 

(jika boleh hubungi dengan suara bukan sms)


Kita ikhtiar dan Allah jua yang menyembuhkan.Untuk maklumat saya mempunyai masalah penglihatan, kerana itu saya menghadapi masalah jika menerima sms dari pihak tuan puan kerana saya tidak boleh membacanya.

Terima kasih kerana sudi membaca perkhidmatan saya ini.


Cerita bagaimana boleh terjumpa abang Hanafiah:

Baru 2 hari kena demam/migrain yang kuat,badan terdetik rasa perlu urut,tapi tak larat nak cari jauh-jauh.Tiba-tiba jumpa abang Hanafiah ni ditemani dua anak lelakinya sedang mencuba nasib 2 hari mencari rezeki sebagai mengurut ditapak percubaan PKNS Bangi.Dapat tahu dia ni baru sahaja buta apabila ada seorang lelaki menegur

Lelaki:Eh ko kenal tak aku
Hanafiah: "Diam tak tahu,tapi cuba toleh-toleh"
Lelaki:Takkan tak kenal aku
Hanafiah: "Bila sudah cam suara", eh En Hashim(nama saya kurang ingat) ke?Laaa buat apa sini?
Lelaki:Teman isteri beli barang,tadi aku nampak ko bertongkat naik atas,dah kenapa ni?
Hanafiah: Saya dah buta En Hashim, dik ni bos abang kat tempat kerja dulu.
Saya:Ohhh.
Lelaki:Macam mana ko boleh buta?
Hanafiah:Saya kena ketumbuhan otak stage 4 en hashim,

===pendekkan cerita masuk part saya=====

Saya: oh abang buta sebab kena ketumbuhan di otak ke?
Hanafiah: ye,doktor cakap,saya ada dua pilihan sama ada buta atau lumpuh satu badan,jadi saya terima untuk buta.
Saya: kuat ye abang
Hanafiah: nak bersedih buat apa dik,lepas sehari abang buta abang terus nak belajar mengurut dan mengurut orang.Tetapi proses untuk dapatkan kad OKU ambil masa sampai 5 bulan.Abang redha apa yang tertulis.Allah tu kan Maha Pengasih,Dia takkan buat abang macam ni tanpa sebab.
Saya: baguslah abang ambil jalan positif,ada hikmah.Nanti nak puasa paling susah puasa mata.
Hanafiah: Hehe ye dik,tapi abang teringin juga nak tengok Korea hehe (nada gurau)
Saya: Nak tanya bang,apa yang abang nampak sekarang?
Hanafiah: Abang nampak putih
Saya: huh putih?bukan hitam?
Hanafiah: tak putih,sama seperti doktor yang operate abang,15 tahun dia operate tidak pernah dia berani nak tanya kepada pesakit-pesakit dia,dengan abang je dia yakin abang tak terasa.Dia pun terkejut,ingatkan selama ni nampak hitam.Sebab kalau orang buta dari lahir dia tak tahu warna apa-apa pun,hitam atau putih.
Saya: Ic,putih macam kain putih ke bang?
Hanafiah: Tak,putih macam putih asap.
Saya: Saya terus diam,takut

Sesiapa nak urut bolehlah hubungi beliau,saya sungguh hormat dengan sikap beliau yang tidak menyalahkan takdir dan ambil positif ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk diri beliau.

Lelaki:Eh ko kenal tak akuHanafiah: "Diam tak tahu,tapi cuba toleh-toleh"Lelaki:Takkan tak kenal akuHanafiah: "Bila sudah cam suara", eh En Hashim(nama saya kurang ingat) ke?Laaa buat apa sini?Lelaki:Teman isteri beli barang,tadi aku nampak ko bertongkat naik atas,dah kenapa ni?Hanafiah: Saya dah buta En Hashim, dik ni bos abang kat tempat kerja dulu.Saya:Ohhh.Lelaki:Macam mana ko boleh buta?Hanafiah:Saya kena ketumbuhan otak stage 4 en hashim,
===pendekkan cerita masuk part saya=====
Saya: oh abang buta sebab kena ketumbuhan di otak ke?Hanafiah: ye,doktor cakap,saya ada dua pilihan sama ada buta atau lumpuh satu badan,jadi saya terima untuk buta.Saya: kuat ye abangHanafiah: nak bersedih buat apa dik,lepas sehari abang buta abang terus nak belajar mengurut dan mengurut orang.Tetapi proses untuk dapatkan kad OKU ambil masa sampai 5 bulan.Abang redha apa yang tertulis.Allah tu kan Maha Pengasih,Dia takkan buat abang macam ni tanpa sebab.Saya: baguslah abang ambil jalan positif,ada hikmah.Nanti nak puasa paling susah puasa mata.Hanafiah: Hehe ye dik,tapi abang teringin juga nak tengok Korea hehe (nada gurau)Saya: Nak tanya bang,apa yang abang nampak sekarang?Hanafiah: Abang nampak putihSaya: huh putih?bukan hitam?Hanafiah: tak putih,sama seperti doktor yang operate abang,15 tahun dia operate tidak pernah dia berani nak tanya kepada pesakit-pesakit dia,dengan abang je dia yakin abang tak terasa.Dia pun terkejut,ingatkan selama ni nampak hitam.Sebab kalau orang buta dari lahir dia tak tahu warna apa-apa pun,hitam atau putih.Saya: Ic,putih macam kain putih ke bang?Hanafiah: Tak,putih macam putih asap.Saya: Saya terus diam,takut
Sesiapa nak urut bolehlah hubungi beliau,saya sungguh hormat dengan sikap beliau yang tidak menyalahkan takdir dan ambil positif ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk diri beliau.
 
 
Copyright © Urut Bangi
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com